[TIPS] Perkara Penting Apabila Mulakan Perniagaan Dalam Talian - EasyParcel | Delivery Made Easy
Announcement • Tips and Tricks

[TIPS] Perkara Penting Apabila Mulakan Perniagaan Dalam Talian

Rancangan perniagaan yang baik? Siap. Aset untuk perniagaan? Siap. Tetapi adakah anda mempunyai misi untuk memperluaskan perniagaan anda melalui digital?

Dengan anggaran 78.7% penduduk di Malaysia menggunakan internet di dalam kehidupan seharian mereka. Melalui saluran ini, anda dengan mudah dapat berhubung dengan pelanggan anda dan mendapatkan pelanggan yang menepati ciri untuk produk anda.

Kenapa Anda Perlu Mulakan Perniagaan Online?

Pemasaran digital adalah penting jika anda telah menjejakkan kaki di dalam dunia perniagaan masa kini. Jadi bagaimana sebenarnya pemasaran digital ini berfungsi? Dan bagaimana pula pelanggan anda terdedah dengan perniagaan anda melalui pemasaran digital?

Ia dapat membantu anda mendapatkan pelanggan yang berpotensi dan juga memastikan mereka sentiasa “engage” dengan anda.

Jadi ini adalah antara tips yang anda boleh gunakan:-

Bagaimana Untuk Mulakan?

1) Wujudkan "Online Store"

Perkara yang paling asas adalah anda perlu ada laman web sendiri. Di dalam laman web ini anda boleh masukkan semua maklumat yang penting seperti alamat pernigaan, nombor telefon. Sebagai contoh di dalam gambar di atas adalah EasyStore. Dengan EasyStore anda boleh memiliki laman web sendiri dengan sangat mudah.
Dan juga, anda memerlukan emel perniagaan sendiri. Ini akan memudahkan anda untuk mendaftar dengan mana-mana perkhidmatan pemasaran digital dan juga memudahkan pelanggan anda berhubung dengan anda.

Sumber: Firdya Store

2) Wujudkan Laman Sosial Media Perniagaan

Penggunaan sosial media di Malaysia telah memberikan impak yang besar – terutama Facebook. Ambil kesempatan dengan pengguna Facebook seramai 22.7 million di Malaysia untuk mengembangkan perniagaan anda. Jika Facebook anda mampu untuk mendapatkan “Like” dan “Share” yang banyak, pelanggan akan mudah dapat ketahui dan kenali produk anda. Sebagai contoh laman perniagaan di Facebook adalah Naelofar Hijab yang mendapat “Like” dan “Share” yang tinggi.

Jangan ketinggalan untuk mencipta akaun di Twitter dan Instagram juga! Fungsi yang sama anda boleh gunakan dan lebarkan lagi perniagaan anda.

3) Penghantaran Barang Dalam Talian

Jika anda melakukan perniagaan dalam talian, sudah tentu perkara yang penting juga adalah penghantaran barang kepada pelanggan anda. Anda boleh menggunakan perkhidmatan penghantaran secara dalam talian dengan EasyParcel.

Perkhidmatan EasyParcel adalah sama dengan Agoda atau booking.com. Di dalam Agoda anda boleh memilih pelbagai jenis hotel, tetapi di dalam EasyParcel anda boleh memilih pelbagai jenis kurier yang anda suka dan juga dengan EasyParcel anda tidak perlu menandatangani sebarang kontrak atau bayaran yuran untuk pendaftaran kerana pendaftaran adalah PERCUMA!

Terdapat lebih dari 30+ pilihan kurier kepada anda untuk digunakan bagi penghantaran di domestik dan antarabangsa. Semua kurier di dalam EasyParcel menghantar ke lebih dari 200+ negara diseluruh dunia!

4) Daftar Akaun Google Analytics

Google Analytics akan membantu menjejak aktiviti pengguna laman web anda dan terjemahkan di dalam bentuk data dan sudah tentu akan memudahkan anda untuk menganalisa data tersebut.

Di dalam Google Analytics, anda boleh menganalisa jumlah pengguna di laman web, jumlah pengguna yang melawat laman web anda dan lain-lain data.

5) Daftar Akaun Google AdWords

Google AdWords akan membolehkan anda menggunakan kata kunci dan memberikan potensi untuk pelanggan anda mencari anda dengan mudah melalui Google “search engine” atau Gmail. Sebagai contoh, laman web anda akan muncul pada laman terawal apabila pelanggan anda menaip kata kunci “Baju murah di kawasan Alor Setar” jika anda memilih kata kunci ini.

Prioriti laman web anda akan bergantung kepada sejauh mana anda membida kata kunci tersebut dengan usahawan yang lain. Jadi sangat penting untuk anda mempunyai strategi yang tersendiri dan apakah kata kunci yang anda ingin gunakan untuk memastikan mereka mudah menjumpai anda. Letakkan diri anda sebagai pelanggan dan adakah anda ingin cari perkataan tersebut jika anda adalah seorang pelanggan.

6) Cipta Akaun Google My Business

Mempunyai perniagaan sendiri adalah baik, tambahan pula anda mempunyai kedai sendiri. Ini akan memudahkan lagi pelanggan anda untuk beli secara terus dari kedai anda. Jadi, bagaimana anda ingin pastikan pelanggan dapat menjumpai kedai anda?

Ini adalah salah satu fungsi Google My Business. Pelanggan dapat mencari kedai dan berhubung dengan anda dengan sangat mudah. Mereka juga dapat memberikan review kepada anda. Dengan ini, anda akan ketahui “rating” pelanggan terhadap perniagaan anda dan dapat tingkatkan prestasi.

7) Cipta Promosi Dan Kandungan Untuk Hari Yang Penting

Pemasaran digital adalah bukan sahaja tentang memberikan pendedahan kepada pelanggan mengenai perniagaan anda, ia juga adalah tentang bagaimana anda boleh berkomunikasi dengan pelanggan dan memenuhi kemahuan mereka dengan produk yang anda tawarkan.

Anda juga perlu pastikan bahawa anda mempunyai pelan jangka masa panjang. Seperti anda ingin tawarkan promosi semasa Hari Raya atau berikan hadiah kepada pelanggan setia anda.

Mula mencipta kandungan yang mempunyai kaitan dengan tarikh yang anda ingin adakan promosi. Ini supaya anda mempunyai lebih banyak masa untuk mencipta kandungan yang hebat dan ada masa yang banyak untuk memaklumkan kepada rakan kerja anda.

Kepada yang baru sahaja memulakan perniagaan, jangan lepaskan tips ini! Ia akan membantu 70% perniagaan anda untuk bergerak dengan pantas di dalam dunia pemasaran digital masa kini!