Tahukah anda, dengan EasyParcel anda boleh memilih untuk pengutipan atau Drop-off.
Bagi sesetengah peniaga atas talian, tidak ada masa untuk keluar menghantar tetapi ada juga yang tidak ada masa untuk menunggu di rumah. Dengan menggunakan EasyParcel, anda boleh memilih untuk pengutipan, Drop off di cawangan kurier atau Pgeon Point. Jom kita ketahui langkah-langkah untuk memilih features ini.
Dalam EasyParcel, terdapat pelbagai kurier yang anda boleh pilih. Semasa anda buat tempahan, anda dapat melihat status kurier. Status ini yang menentukan anda memilih untuk pengutipan atau Drop-off.
Bagi pengguna yang ingin memilih pengutipan, anda boleh terus pilih status “Pick Up” dan klik “Tempah”.
Bagi sesetengah kurier seperti Skynet dan ABX Express memerlukan minimum 4 bungkusan untuk pengutipan. Anda harus mempunyai tempahan sebanyak 4 dahulu dalam laman “My Cart” seterusnya membuat pembayaran. Jika tidak mempunyai 4 bungkusan, automatik status bungkusan anda akan menjadi Drop-off.

Pengutipan dalam EasyParcel bermaksud kurier pilihan akan datang membuat pengutipan di alamat yang anda telah masukkan dalam EasyParcel.
Di laman “Satu Penghantaran” anda hanya perlu isi maklumat anda dan teruskan dengan mengisi alamat penerima. Anda juga boleh memilih Drop-off jika terdapat pilihan semasa anda membuat tempahan.

Drop-off dalam EasyParcel mempunyai dua pilihan iaitu Drop-off di cawangan kurier berdekat dan Drop-off di Pgeon Point
Drop-off di cawangan kurier bermaksud EasyParcel akan senaraikan cawangan kurier berdasarkan alamat penghantar dan penghantar harus memilih cawangan yang ingin di Drop-off sebelum membuat pembayaran. Kurier seperti Skynet, Abx, Poslaju, DHL Ecommerce adalah kurier yang anda boleh membuat Drop-off.

Drop-off di Pgeon Point bermaksud penghantar boleh menghantar bungkusan mereka kepada lebih 3000+ Pgeon point terdekat mereka(bergantung kepada kurier). Apabila penghantar menghantar bungkusan di Pgeon Point, bungkusan haruslah di scan supaya pihak kurier menerima tempahan mereka. Sejurus bungkusan di scan, penghantar akan menerima SMS secara percuma bagi pengesahan Drop-off. Pgeon Point bergantung kepada kurier pilihan.

Selain itu, tahukah anda bahawa penerima juga boleh memilih untuk Drop-off bungkusan mereka di Pgeon Point. Ini bermakna bungkusan penerima harus dihantar ke Pgeon Point terdekat dengan penerima. Contohnya jika penerima tidak selalu ada di rumah, penerima boleh meminta untuk penghantar memilih Pgeon Point sebagai lokasi penghantaran semasa membuat tempahan.
Sejurus selepas penghantar berjaya Drop-off di Pgeon Point, penerima akan menerima SMS secara percuma bagi status penghantaran bungkusan. Penerima dapat jejak status bungkusan anda melalui SMS tersebut.
Mudah kan?
Sekarang dengan EasyParcel anda dah boleh memilih pengutipan atau pun Drop-off. Bergantung kepada keselesaan anda. Begitu juga kepada penerima anda.

