Pgeon Delivery x Teleport: Penghantaran Ke Kuching & Kota Kinabalu Boleh Didapati Sekarang! - EasyParcel | Delivery Made Easy
Announcement • Couriers

Pgeon Delivery x Teleport: Penghantaran Ke Kuching & Kota Kinabalu Boleh Didapati Sekarang!

Bak kata pepatah, berdua lebih baik- Sekarang Pgeon Delivery telah bekerjasama dengan Teleport bagi penghantaran dari semenanjung Malaysia ke Kuching dan Kota Kinabalu dengan berat sehingga 10kg hanya untuk anda!


Pengutipan dari: Semenanjung Malaysia
Penghantaran ke: Kuching, Kota Kinabalu, Tawau, Miri, Sibu, Sandakan dan Bintulu
Jenis Penghantaran: Pintu ke Pintu, Pintu ke Point, Point ke Pintu, Point ke Point

**Subjek tertakluk kepada poskod

Ya betul, anda mempunyai pilihan tambahan bagi kurier ke Sabah dan Sarawak dengan serendah RM13.90(1kg pertama) sahaja. Anda boleh dapatkan kadar ini tanpa perlu tambah nilai yang baru kerana kami ingin anda nikmati penjimatan bersama.

Tempah “Pgeon Delivery” dan tunggu Hero Pgeon datang membuat pengutipan pada hari yang dijadualkan. Dan Teleport akan hantar bungkusan anda kepada pelanggan anda di Sabah dan Sarawak. Pastikan anda sertakan bersama invois proforma dengan maklumat bungkusan terperinci berserta sijil yang diperlukan bersama air waybill bagi melancarkan proses pelepasan kastam!

Tutorial Ringkas Untuk Menempah Penghantaran Anda

Langkah 1: Masukkan poskod dan berat barang anda.

Langkah 2: Tempah Pgeon Delivery.

Langkah 3: Isi maklumat penghantar.

Langkah 4: Isi maklumat penerima.

Langkah 5: Isi maklumat bungkusan dan harga barangan.

Langkah 6: Jadualkan tarikh pengutipan dan teruskan ke “troli”.

Langkah 7: “Check out” tempahan anda dari troli dan teruskan dengan pembayaran.