Anda setuju tak bahawa setiap kanak-kanak berhak untuk disayangai, diberi pembelajaran dan membesar dengan gembira?
Baru-baru ini, kami menjumpai posting media sosial tentang sekolah sukarelawan di Perak yang dinamakan Pusat Pendidikan Pos Woh yang mengajar pembelajaran asas kepada anak-anak orang asli suku Semai. Pada masa yang sama mereka memerlukan sumbangan seperti telefon bimbit, buku, peralatan menulis, mainan dan juga pakaian harian.
Tanpa melengahkan masa, EasyParcel memutuskan untuk membantu kanak-kanak suku Semai dengan menyediakan penghantaran percuma bagi sesiapa yang ingin memberi sumbangan. Kami di sini ingin menjemput anda untuk sama-sama membantu kami dalam menambah baik kehidupan dan pembelajaran mereka. Setiap sumbangan sangat bermakna.
2 Kaedah Untuk Anda Menyumbang
1. Beri Sumbangan Kepada Keperluan Mereka Menggunakan Pgeon Delivery yang ditaja oleh EasyParcel x Pgeon
Anda mempunyai barangan yang tidak digunakan seperti telefon, buku, alatan tulis, mainan, baju kanak-kanak, puzzle pembelajaran atau apa sahaja yang anda rasa berguna untuk mereka? Jadi anda boleh hantar barangan tersebut ke Pusat Pembelajaran Pos Woh yang pasti memberi makna kepada mereka. Sebagai sokongan, kami akan menyediakan 200 penghantaran percuma dengan berat sehingga 5kg menggunakan rakan kurier kami, Pgeon.
Ini adalah cara untuk anda tebus kupon penghantaran percuma semasa tempahan kurie.

Langkah 1: Daftar/log in ke akaun EasyParcel di easyparcel.com

Langkah 2: Pergi ke “Ganjaran” > “Kupon Saya“

Langkah 3: Masukkan kupon kod “PGEONPW” dan klik butang “tuntut”.

Langkah 4: Tempah servis Pgeon (Pgeon Delivery atau Pgeon Paperless) seperti biasa. Klik di sini untuk tutorial menempah.

Langkah 5: Tap pada “Klik di sini untuk masukkan kupon diskaun” dan pilih kupon pada halaman checkout untuk nikmati penghantaran percuma.

Langkah 6: Sekarang anda boleh terus bungku, cetak air waybill dan ssertakan bersama bungkusan. Selepas itu hanya tunggu Abang Pgeon datang kutip bungkusan dari alamat anda.
Itu sahaja, dan kanak-kanak ini bakal menerima sumbangan anda bila-bila masa sahaja!
Itu sahaja, dan kanak-kanak ini bakal menerima sumbangan anda bila-bila masa sahaja!
2. Tukar mata EasyReward anda kepada sumbangan
Jika anda tak ada barangan untuk disumbangkan, anda boleh membuat sumbangan menggunakan mata EasyReward anda!
Anda boleh menggunakan mata EasyReward terkumpul anda untuk menebus [Donation to Pos Woh Education Center For Orang Asli]” yang telah disediakan di halaman EasyReward dan kami akan menukarnya kepada nilai RM1 untuk disumbangkan.

Langkah 1: Daftar/log in ke akaun EasyParcel di easyparcel.com

Langkah 2: Pergi ke “Ganjaran” > “EasyReward”

Langkah 3: Anda boleh memilih dari 5 kolum dari sumbangan mata EasyReward iaitu dari 100, 500, 1000, 5000, 10000 dan setiap 100 mata akan ditukar kepada sumbangan RM1 kepada Pusat pembelajaran Pos Woh unutk orang asli.

