Anda pasti ingin post video yang lebih lama bagi follower anda kan, tetapi tak dapat berbuat demikian kerana masa yang singkat bagi post stories dan feed di Instagram? Anda tidak berseorang, semestinya susah untuk terangkan tentang produk anda dalam masa 15 saat. Instagram cipta IGTV untuk mengubati dilema yang dihadapi oleh ramai pengguna!
Ini adalah spesifikasi penting bagi semasa anda membuat video untuk IGTV. Memberi tumpuan kepada butiran akan membuatkan kerja anda memuat naik IGTV lebih mudah.
- Untuk memuat naik, video anda haruslah dalam format MP4
- Video haruslah mempunya minimum 30 Frames rate per saat
- Minimum resolusi bagi IGTV haruslah 720 pixels.
- Fail saiz maximum bagi video sepanjang 10 minit adalah 650MB
- Video IGTV anda haruslah sekurang kurangnya selama 15 saat atau maximum 10 minit.(kecuali jika akaun anda verified)
- Saiz video 16:9 atau anda jika lebih kecil, pengguna Instagram boleh memilih untuk lihat secara melintang.
Ini sangat bagus untuk peniaga yang berbisnes di Instagram untuk menggunakannya. Sebagai contoh, Byhisdaisy menggunakan IGTV bagi merakam di sebalik takbir shooting bagi produk mereka. Ini adalah suatu kaedah yang bagus kerana dapat menarik perhatian pengguna Instagram yang lain.
IGTV tu apa sebenarnya?
IGTV atau Instagram Television adalah platform video yang dilanjutkan atau dipanjangkan bagi pencipta video. Tidak seperti instagram Stories, IGTV mestilah lebih dari 15 saat dan tidak lebih dari 10 minit bagi pengguna biasa.
IGTV juga sering dipanggil dengan nama “Instagram Youtube” kerana pengguna Instagram boleh memuat naik video kedalam channel mereka sendiri.
Kenapa IGTV adalah tools yang sangat bagus untuk pemasaran?
Dengan kata yang mudah, video adalah pemasaran yang kuat bagi stretegi pemasaran untuk menyalurkan informasi dan kandungan sesuatu produk. Pada 2019, 87% perniaga menggunakan video sebagai marketing tool dan 83% permasaran memberi maklum balas bahawa video memberikan mereka impak yang baik.
Hmm.. Video pasti ada sesuatu yang menarik perhatian orang, terutama apabila digunakan untuk pemasaran Instagram anda. Anda boleh menggunakan IGTV bagi:
1. Berkongsi pengetahuan dan Tips
2. Mempamerkan produk
3. Menunjukkan di sebalik takbir sesuatu proses atau produk
4. Menunjukkan dan menawarkan sesuatu yang baru dan menarik
Sekarang anda sudah tahu yang IGTV memainkan peranan yang penting dalam stretegy pemasaran media social. Jom mengetahui cara-cara untuk set channel anda di IGTV dan tips menggunakan IGTV!
Langkah-langkah untuk cipta saluran IGTV anda
Langkah untuk cipta IGTV sangat mudah. IGTV dapat di akses dari telefon dan desktop. Di sini kita akan kongsikan langkah untuk cipta IGTV untuk kedua-duanya!
Langkah-langkah cipta IGTV melalui telefon
- Anda perlu log masuk Instagram anda dan klik ikon IGTV
- Klik pada ikon “+” untuk memuat naik video
- Klik pada video box untuk memuat nak video
- Isi tajuk video anda di “Title”
- Isi keterangan video di “description”
- anda boleh pilih untuk “Post a Preview” jika inginkan video berada di feed Instgram anda
- Pilih ingin berkongsi di laman sosial facebook
- Sedia untuk post!
Langkah-langkah cipta IGTV melalui desktop
- Log masuk kedalam Instagram anda dan pergi ke “Profile”
- Klik pada IGTV dan klik Upload
- Muat naik video ke dalam video dropbox di sebelah kiri skrin, atau klik pada sign + untuk pilih file dari komputer untuk di muat naik.
- Pilih cover anda
- Isi tajuk video anda (di bawah details)
- Isi keterangan video (di bawah tajuk video)
- anda boleh klik pada “Post a Preview” jika inginkan video berada di feed
- Pilih ingin berkongsi di laman sosial
- Post video atau simpan sebagai draf
Sekarang anda sudah tahu cara untuk memuat naik video di IGTV. Harap dapat membantu anda dalam mengembangkan brand anda. Selamat mencuba!

