Sepertimana yang kita tahu, Tahun Baru Cina sudah dekat, dan pada tahun ini, kita akan menyambut dengan norma baharu. Justeru itu, kami telah merancang sesuatu yang istimewa untuk meraikan perayaan ini dengan lebih unik kerana pandemik yang melanda.
Kebanyakkan dari kita memilih untuk membeli secara atas talian dan membuat penghantaran kepada kesayangan yang jauh dari kita untuk meraikannya, dan ini bermaksud anda akan mempunyai jualan yang hebat dan penghantaran yang pukal juga!
Untuk memeriahkan Tahun Baru Cina anda, kami memperkenalkan kempen Tambah Nilai Heng Heng, Ganjaran Ong Ong! Yey, anda akan dapat 2x mata EasyReward setiap tambah nilai baru dari 1 sehingga 28 Feb 2021. (kempen ni pasti dah masuk dalam senarai yang anda mahukan).
Gandaan Mata EasyReward akan sentiasa datang bersama ganjaran yang menarik. Semestinya pada kali ini kami telah menambah ganjaran ekslusif baru seperti iPhone 12, iPhone 12 Pro, PerySmith Waffle Maker dan pelbagai lagi ganjaran Ong Ong di EasyReward untuk mempelbagaikan pilihan anda.
Jom kita ketahui ganjaran ekslusif di bawah!

Bagaimana Untuk Anda Dapat Dan Kumpul 2x Mata EasyReward?

Langkah 1: Buat tambah nilai baru dari 1 sehingga 28 Februari 2021.

Langkah 2: Dapat Mata ganjaran dari setiap nilai tambah nilai anda. (Setiap RM1 tambah nilai = 2 Mata EasyReward).

Langkah 3: Tebus ganjaran ekslusif dengan mata terkumpul anda dan kami akan hantar ganjaran anda secara PERCUMA dalam masa 2 minggu selepas anda tebus.

