Yeayyy! EasyParcel datang lagi dengan giveaway baru dan pelbagai hadiah menerujakan untuk dimenangi ?
?Sebelum anda rasa kalau ini betul ke, sini ada beberapa perkara menarik untuk anda tahu tentang giveaway #EasyParcelShoppingKaki.
Kali ni, kami decide nak panjangkan giveaway ini selama 3 bulan dari 1 Mac – 31 Mei 2022. Setiap bulan akan ada 3 hadiah lumayan baru termasuk Dyson Airwrap Styler Complete, Apple Watch Series 7, Coach Studio Shoulder Bag 19 dan banyak lagi hadiah lain menanti anda pada bulan April dan Mei nanti ?. Sepanjang 3 bulan ni, 9 pemenang akan dipilih, anda dah bersedia nak rebut hadiah kali ni? ?
Inilah Rupa Bungkusan EasyParcel Pink Flyers ?

Tak berapa bertuah dalam cabutan bertuah? Jangan risau! EasyParcel sangat adil dan pemurah untuk giveaway kali ini ?, pemenang akan dipilih berdasarkan posting yang paling kreatif. Jadi, tunggu apa lagi? Masa untuk usaha dan perah idea kreatif.
Ambil gambar dengan pose paling kreatif selagi mana terdapat bungkusan flyer pink EasyParcel dalam foto tersebut. Alang-alang dah nak post tu, share la sikit apa yang anda beli boleh la kami sibuk sikit !?. Posing macam anda selalu buat tu tau!?
Langkah Mudah Untuk Sertai ?

Langkah 1:? Lihat barangan atas talian anda tiba yang dibungkus dengan flyer pink EasyParcel dan bergambar dengan mana-mana cara yang paling kreatif!. Samada bergambar dengan Abang kurier/ kongsikan barang yang anda beli-belah/ bergambar ala-ala ‘lifestyle’ – selagi mana masih memegang bungkusan flyer pink EasyParcel.

Langkah 2: Muatnaik foto kreatif anda pada feed Facebook atau Instagram anda. Pastikan tag @easyparcel.my dan guna hashtag #EasyParcelshoppingKaki dan #EasyParcelMY (Nota: pastikan akaun media sosial anda public ye kalau tak kami tak boleh nampak post anda)


Langkah 4: ?Tag 5 rakan anda dalam ruang comment di post utama kami samada di Facebook atau Instagram dan kemudian Reshare kempen ini di story FB atau story IG. Guna hashtag #EasyParcelShoppingKaki dan tag @easyparcel.my supaya mudah untuk kami nampak anda! (Nota: pastikan anda ubah setting akaun kepada public view sebab kalau tak kami tak boleh nampak anda)
Sekarang anda tinggal tunggu saja pengumuman pemenang di akaun Instagram atau Facebook kami ?
Hadiah Lumayan Giveaway Ini ?
Yay! Lihat Pemenang Kami?
Tentang Giveaway Ini ?
Secara keseluruhannya akan ada 3 pusingan untuk pemilihan pemenang dan pengumuman pemenang akan dibuat di akaun Facebook dan Instagram EasyParcel Malaysia ?
?Tandakan pada kalendar anda atau tekan loceng pemberitahuan anda. Nantikan pengumuman kami!?
Pusingan 1 (Untuk Peserta Mac): 8 April 2022
Pusingan 2 (Untuk Peserta April): 8 Mei 2022
Pusingan 3 (Untuk Peserta Mei): 8 Jun 2022
Sementara itu, terus menunggu barang anda yang akan sampai yang dibungkus dengan flyers kami yang cantik tu. Jadi berani, jadi kreatif dan mula bergambar sekarang. Semoga berjaya membawa pulang salah satu dari hadiah-hadiah lumayan kami! ?
Soalan Lazim
Berapa lamakah tempoh giveaway #EasyParcelShoppingKaki?
Kempen #EasyParcelShoppingKaki akan berlangsung selama 3 bulan. Akan ada sejumlah (tiga) sesi giveaway secara bulanan sepanjang 3 bulan ini. Tempoh kempen bermula dari 1 Mac 2022 – 31 Mei 2022 tepat jam “23:59:59”.
Penganjur berhak untuk mengubah Tempoh Kempen, Cara Ganjaran, Hadiah Ganjaran pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan notis. Segmen Kempen membolehkan Pengumpulan Ganjaran dan Penyertaan untuk mendapatkan Hadiah Utama dalam giveaway dari setiap bulan. (1 hadiah untuk 1 pemenang sahaja, 1 hadiah 1 unit sahaja).
Bagaimanakah untuk melayakkan diri untuk menyertai kempen ini?
Sekiranya anda menerima penghantaran barang anda yang dibungkus dengan flyer pink EasyParcel maka anda layak sepenuhnya untuk sertai giveaway ini!
Boleh ke saya sertai kesemua 3 giveaway bulanan ini?
Mestilah boleh untuk sertai kesemua 3 giveaway bulanan ini. Tapi, sekiranya anda telah terpilih untuk menang pada bulan pertama atau kedua, maka anda sudah tidak boleh menyertai untuk giveaway #EasyParcelShoppingKaki bulan seterusnya. Beri peluang untuk rakyat Malaysia lain pula ye untuk menang hadiah ni. Kongsi rezeki.
Bilakah tarikh dan waktu terakhir untuk sertai pada setiap bulan?
Waktu terakhir untuk menyertai pada setiap bulan adalah tepat pada “23:59:59”.
Waktu dan tarikh terakhir untuk menyertai adalah seperti berikut:
31 Mac 2022 @ 23:59:59
30 April 2022 @ 23:59:59
31 May 2022 @ 23:59:59
Bagaimana untuk tahu jika saya terpilih sebagai pemenang?
Kami akan mengumumkan pemenang melalui akaun page Instagram & Facebook. Jadi, pastikan anda mengikuti kami di akaun sosial rasmi kami @easyparcel.my dan tekan loceng pemberitahuan supaya anda tak terlepas sebarang pengumuman penting nanti.
Bilakah EasyParcel akan mengumumkan hadiah bulanan seterusnya?
Kami akan mengumumkan hadiah seterusnya untuk bulan yang akan datang sebaik sahaja tempoh penyertaan untuk giveaway bulan semasa hampir tamat.
Siapa yang perlu saya hubungi untuk menuntut hadiah saya?
Tak perlu risau! Kami akan hubungi anda melalui Instagram untuk urusan penghantaran hadiah.
Berapa lama tempoh untuk hadiah saya sampai pada saya?
Kesemua hadiah akan dihantar dalam tempoh 3 minggu dari tarikh pengumuman pemenang.
? Tap Untuk Baca Terma & Syarat
- Setiap peserta dikira layak untuk menyertai giveaway ini selama mana dia ialah penerima barang penghantaran dan memenuhi kriteria posting gambar dalam tempoh 1 Mac 2022-31 Mei 2022.
- Dengan menyertai peraduan giveaway ini, peserta bersetuju dengan EasyParcel memaparkan gambar peserta di saluran/bahan pemasaran kami.
- Kempen peraduan giveaway ini hanya sah untuk penerima barang penghantaran yang lokasinya terletak dalam Malaysia sahaja.
- Setiap pemenang hanya layak menerima (SATU) hadiah sahaja sepanjang tempoh kempen selama 3 bulan ini.
- Penerima-penerima hadiah peraduan ini akan diberitahu melalui Instagram untuk tujuan pengurusan penghantaran hadiah.
- Seramai 3 orang pemenang akan dipilih dari keseluruhan peserta yang menyertai pada bulan Mac 2022. Pada bulan seterusnya iaitu April dan Mei, jumlah pemenang akan diumumkan bersama-sama hadiah untuk bulan berikutan.
- Kesemua hadiah akan dihantar dalam tempoh 3 minggu dari tarikh pengumuman pemenang.
- Hadiah akan terbatal sekiranya kami tidak dapat mendapat maklum balas dari pemenang dalam tempoh 3 hari bekerja.
- Hadiah akan diberikan kepada pemenang seterusnya sekiranya peserta tidak mematuhi terma dan syarat ini.
- Gambaran hadiah yang ditunjukkan pada semua outlet atas talian EasyParcel hanyalah bagi tujuan illustrasi semata-mata. EasyParcel berhak menukar sebarang hadiah dengan hadiah yang lain dengan kadar harga yang sama pada bila-bila masa tanpa membuat pemberitahuan awal.
- Dalam urusan menuntut hadiah, EasyParcel boleh meminta peserta menunjukkan dokumen pengenalan diri dan informasi lanjut bagi mengesahkan identiti pemenang hadiah bagi mengelakkan ralat & penipuan.
- Kesemua hadiah mestilah dituntut dalam tempoh yang diberitahu dan ditetapkan. Sebarang kelewatan menuntut hadiah dianggap terbatal dan tidak akan dilayan.
- Kesemua hadiah akan diberikan secara rawak dari segi warna/bentuk/model dan sebarang permintaan untuk menukar tidak akan dilayan.
- Kesemua hadiah tidak boleh dipindah milik atau ditukar ganti baik dari bentuk wang tunai mahupun kredit dalam apa jua cara.
- EasyParcel hanya menghantar hadiah dalam Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.
- EasyParcel berhak mengehadkan kebolehcapaian peserta dalam peraduan giveaway ini.
- EasyParcel berhak membatalkan, menamatkan, atau menggantung kempen ini.
- EasyParcel berhak mengubahsuai sebarang Terma & Syarat di atas dari masa ke semasa tanpa membuat pemberitahuan awal.




