Cetak Air Waybills Secara Pukal Dalam Satu fail PDF - EasyParcel | Delivery Made Easy
Announcement • For Beginners

Cetak Air Waybills Secara Pukal Dalam Satu fail PDF

Masa anda sangat berharga untuk anda bazirkan masa menunggu di depan komputer untuk cetak satu per satu airway bills.

Inilah sebabnya EasyParcel ada untuk memudahkan kerja anda.

Anda tidak perlu lagi cetak air waybills seharian, kerana sekarang anda sudah boleh cetak secara pukal dalam satu fail PDF sahaja. Ini berrmaksud, anda boleh muat turun fail air waybills yang telah digabungkan dalam satu fail PDF dalam beberapa saat sahaja dan dengan satu klik sahaja anda boleh cetak secara pukal. 

Jangan bimbang, kami juga menyediakan fail berasingan untuk setiap air waybills sebagai pilihan supaya anda juga boleh pilih air waybills tertentu sahaja untuk cetakkan.

Bagaimana Untuk Mencetak Air WayBills Secara Pukal Dalam Satu Fail PDF

Langkah 1: Selepas membuat pembayaran, anda perlu klik pada butang “Cetak Semua AWB” di laman pop up untuk memuat turun.

Atau, anda juga boleh memilih untuk:-

Langkah 1:  Pergi ke “Semua Bungkusan” dan klik pada “Status Bungkusan”

Langkah 2: Pilih tempahan yang anda inginkan.

Langkah 3: Klik pada butang “Muat Turun” dan teruskan dengan “Muat Turun AWB”. 

Langkah 4: Anda akan lihat “Separated AWB” dan “Merged AWB” di dalam fail yang telah dimuat turun.

Langkah 5: Klik pada “Merged AWB” dan anda akan lihat semua tempahan yang telah dipilih di dalam satu fail PDF.