Anda Kini Boleh Menghantar Bunga Kepada Yang Tersayang Melalui Zepto Express, ZoomIT & GoLog - EasyParcel | Delivery Made Easy
Announcement • Couriers

Anda Kini Boleh Menghantar Bunga Kepada Yang Tersayang Melalui Zepto Express, ZoomIT & GoLog

Tidak susah untuk berikan sejambak bunga kepada yang tersayang!

Anda boleh tunjukkan kasih sayang dengan menghantar jambangan bunga kepada mereka yang anda sayang tanpa kesulitan. Kami akan bantu anda untuk menghantar bunga tersebut dengan perkhidmatan penghantaran on-demand untuk bunga dengan Zepto Express dan ZoomIT! Anda sudah tentu akan suka dengan perkhidmatan ini!

Kadar Penghantaran Dari RM7
**50% lebihan cas untuk penghantaran pada pukul 8 malam – 10 pagi
Kawasan Pengutipan & Penghantaran Dalam kawasan Penang, Kuala Lumpur & Selangor
Masa Penghantaran 3 jam waktu bekerja selepas pengutipan
Berat Maksimum & Ukuran 12kg
92cm (P) x 66cm (L) x 46cm (T)
Perlindungan Insurans Untuk Bungkusan Yang Hilang RM100 maksimum perlindungan insurans asas
Ekstra RM50 untuk EasyParcel InsurePlus
Kadar Penghantaran Dari RM10
**Tambahan caj 50% jika berat/ukuran bungkusan melebihi kemampuan pemandu semasa pengutipan.
Kawasan Pengutipan & PenghantaranCoverage Di sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang Jaya, Puchong, Shah Alam dan kawasan Klang
Masa Pengutipan & Penghantaran Pengutipan dari 9.30 pagi – 5.30 petang
Penghantaran pada 10 pagi – 8 malam
Masa Penghantaran 5 jam waktu bekerja selepas tempahan selesai
Berat & Ukuran Maksimum 15kg
50.8cm(P) x 40.64cm(L) x 40.64cm(T)
Perlindungan Insurans Insurans asas maksimum RM200
Lebihan RM50 untuk EasyParcel InsurePlus untuk bungkusan yang hilang sahaja
Kadar Penghantaran Dari RM10
Kawasan Pengutipan & PenghantaranCoverage Di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor
Masa Pengutipan & Penghantaran 3 jam selepas pengutipan
Masa Penghantaran: 10 pagi – 7 malam
Masa Penghantaran 5 jam waktu bekerja selepas tempahan selesai
Berat & Ukuran Maksimum 130kg
50cm x 35cm x 40cm
Perlindungan Insurans Insurans asas maksimum RM300
Lebihan RM50 untuk EasyParcel InsurePlus (tersedia untuk bungkusan yang hilang sahaja)

Anda akan mendapat anggaran kadar penghantaran apabila anda semak poskod pertama di laman web. Jadi, pastikan untuk semak kadar terakhir sebelum melakukan pembayaran kerana ia akan berbeza mengikut kawasan yang anda akan hantar juga.

Bagaimana Untuk Menempah Penghantaran Bunga?

Langkah 1: Log masuk ke dalam akaun EasyParcel anda dan klik pada “Satu Bungkusan”.

Langkah 2: Masukkan poskod penerima dan penghantar.

Langkah 3: Pilih penghantaran dengan menggunakan Zepto Express atau ZoomIT.

Langkah 4: Klik pada “Setuju” untuk meneruskan.

Langkah 5: Masukkan maklumat penghantar.

Langkah 6: Masukkan maklumat penerima dan maklumat bungkusan.

Langkah 7: Pilih tarikh pengutipan.

Langkah 8: Klik pada “Teruskan” untuk meneruskan.

Langkah 9: Klik pada “Check Out” untuk melengkapkan tempahan.