7 Jenis Kandungan Yang Harus Dielakkan Di Dalam Media Sosial - EasyParcel | Delivery Made Easy
Tips and Tricks

7 Jenis Kandungan Yang Harus Dielakkan Di Dalam Media Sosial

Kandungan di media sosial menjadi sesuatu yang amat penting kerana ia melambangkan imej dan kredibiliti sesebuah syarikat. Tambahan pula, pada masa kini sosial media menjadi jambatan perhubungan antara pengguna dan pembeli di atas talian. Dengan menyediakan dan memuat naik kandungan yang betul dapat membantu meningkatkan “engagement” bersama pelanggan dan pengikut di media sosial. Jom ikuti 7 tips kandungan yang harus dielakkan di dalam media sosial. 

1. Memuat Naik Kandungan Berasaskan Produk Sahaja

Muat naik tentang produk anda adalah sesuatu yang bagus untuk mengingkatkan kesedaran produk. Tetapi ia akan membuat pelanggan bosan dan tidak mahu melawat media sosial anda. Anda boleh kongsi tips berrkaitan produk. Contohnya seperti sugardoll_kuala lumpur yang merupakan penjual produk rambut. Mereka memuat naik tip cara penjagaan rambut yang betul dan pemakanan yang dapat membantu sihatkan rambut.

2. Politik atau keagamaan

Isu yang amat sensitif bagi semua pihak. Anda tidak digalakkann untuk memuat naik kandungan yang berunsur politik. Begitu juga dengan isu keagamaan. Hal ini kerana, Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan agama. Menyentuh isu agama hanya akan membuat pengikut media sosial anda tidak mengikuti akaun anda lagi. Akan tetapi, anda digalakkan memuat naik festival atau perayaan keagamaan bagi suatu keagamaan. Seperti EasyParcel memuat naik post sambutan perayaan keagamaan atau festival.

3. Viral isu (yang tidak ada kaitan)

Anda boleh memuat naik kandungan yang viral untuk menangkap perhatian pengikut anda di media sosial, tetapi tidak disarankan berkongsi kandungan yang tidak ada kaitan dengan produk atau servis anda. Contohnya jika anda menjual produk baju, tidak disarankan untuk memuat naik kandungan makanan. Ia bertetangan dengan imej produk.Tetapi anda boleh mengambil isu yang viral dan mengaitkan dengan produk atau servis anda. Seperti Shopee yang mengambil lagu-lagu viral dan jadikan sebagai lagu shopee. Contohnya lagu “Baby Shark” dan lagu “Dru Du Dru Du”. 

4. Kandungan Negatif

Walaupun kandungan yang negatif seperti memarahi orang, prank seseorang ataupun melakukan sesuatu yang tidak sopan dapat menarik perhatian, tetapi memberi gambaran yang kurang baik terhadap sesebuah syarikat. Contohnya jika anda mempunyai pesaing, anda tidak boleh membanding-kan pesaing anda dan memuat naik kelemahan pesaing anda. Bersainglah secara sihat kerana setiap syarikat mempunyai kelebihan sendiri. Seperti syarikat kurier, walaupun terdapat pelbagai syarikat kurier di dalam Malaysia dan Antarabangsa, tidak ada syarikat kurier yang membandingkan syarikat lain. Mereka hanya mengutamakan kelebihan yang mereka ada. 

5. Typo dan kesalahan tatabahasa

Bagi sesetengah orang, memuat naik post yang mempunyai typo atau kesalahan tatabahasa mungkin suatu yang dipandang ringan. Tetapi tahukah anda, dengan memuat naik post yang mempunyai kesalahan di atas, akan memberi gambaran yang syarikat anda kurang kredibiliti dan nampak kurang profesional. Contohnya anda mungkin akan ditimpa masalah jika tersilap tulis nama seseorang yang ternama di dalam media sosial. Hal ini juga menggambarkan bahawa syarikat anda kurang mengambil berat tentang sesuatu perkara.

7. Tidak meletakkan kredit kepada kandungan yang di “repost”

Menjadi suatu kesalahan yang besar apabila anda “repost” kandungan seseorang tanpa meletakkan kredit kepada orang yang berkenaan.  Ini melanggar undang-undang dan boleh dikenakan saman jika orang tersebut ingin menyaman. Hal ini terjadi kerana sesetengah orang akan mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan atas hasil orang lain.

Konklusinya, dengan kandungan yang betul, anda boleh menaikkan engagement dan pengikut anda di media sosial. Fokus kepada menyebarkan kebaikan produk dan apa yang anda boleh bantu dengan produk anda. Berikan tips kepada pengikut sosial media anda dan anda akan lihat lebih banyak pengikut yang berkualiti.